Sepetang di Bukit Cerakah, Shah Alam

Petang ini aku membawa keluargaku ke Shah Alam. Niat asal nak shopping tapi oleh kerana awal sangat, aku membawa keluargaku ke Taman Pertanian Bukit Cerakah Shah Alam. Sekarang dikenali sebagai Taman Pertanian Negara. Kawasannya luas, menjejakkan kaki di sana teringat aku semasa mula-mula ia dibuka. Ketika itu aku dan rombongan guru pelatih IB di bawa melawat ke sana, suasananya cukup berbeza. Dulu tak ada rumah 4 musim sekarang dah ada tapi dulu suasannya amat meriah, nyaman dan penuh dengan kehijauan tapi sekarang semuanya sepi dan seolah-olah tiada siapa yang peduli. Tiada apa yang menarik semacam suatu kekosongan melihat taman itu kian dihimpit arus pemodenan. Akhirnya tangan-tangan yang rakus meraih kemewahan juga yang menang. Anak-anak kita hanya mampu melihat saki bakinya sahaja. Itu hari ini. Bagaimana esok..lusa..tulat..bulan depan...tahun depan...abad depan dan berabad-abad akan datang. Taman ini pastinya akan terperap dalam lipatan sejarah. Hanya kini rumah empat musim sahaja yang menjadi tarikan. Anak-anak dan isteriku cukup teruja di sana. Maklumlah seumur hidup tak pernah melihat suasana di kawasan bersalji. Elok jugalah ia menjadi satu pelajaran untuk mereka.

Anak-anak ku di kawasan salji macam kat oversea...






Dah masuk kawasan ais pun masih nak makan ais krim...maknya pun sama...

Comments

Popular posts from this blog

Sehari di Zoo Negara