Lawatan ke Zoo Negara
Semalam, aku membawa anak dan isteri aku ke Zoo Negara. Ini merupakan kunjunganku untuk kali ke tiga sejak bergelar bapa. Setiap kali anakku lahir dan tahu berjalan aku akan bawa mereka ke Zoo ini. Mungkin masa aku kecil dulu tak pernah berpeluang ke sini. Itu pun sekali seingatku, ketika itu aku berada di tingkatan lima di bawa oleh Pakcikku.
Suasana semalam cukup menarik, anak-anakku cukup teruja terutama yang sulung tu dah pandai guna kamera digital dan aku berikan keizinan padanya untuk 'shoot' apa juga yang dia suka. Macam-macam gambar yang diambilnya. Anakku yang bongsu (setakat ini) cukup seronok walaupun dia tak mau berjalan asyik duduk di kereta sorongnya tapi aku rasa dia seronok.
Isteriku pula cukup seronok mengambar gelagat anak-anakku. Aku hanya jadi pemerhati suasana di ZOO ini.Pelik juga kenapa la mereka nak pindahkan Zoo ini. Memang la dari sudut komersial, kawasan sekitar zoo ini nilai hartanahnya cukup tinggi. Aku masih ingat semasa aku bekerja di Malawati Coutry Club (sekarang dah berubah namanya) kat sini tak ada apa-apa, yang aku tahu kawasan Klang gate, Keramat taklah sesibuk hari ini. Ketika itu di hadapan pintu masuk ke zoo masih banyak gerai makan (ketika itu aku cuma lalu sahaja cuma sesekali singgah untuk menjamu selera di hadapan zoo-tak pernah masuk zoo) tapi sekarang cukup berubah.
Apa yang aku nampak semalam, walaupun ramai yang kata (orang kota yang kata) Zoo di Hulu Klang sudah tidak relevan lagi tapi sekurang-kurangnya ada juga tempat yang berhampiran kota raya yang boleh dikunjungi untuk melihat haiwan liar. Pada jiwa kanak-kanak mereka tetap mengkagumi apa yang ada di Zoo ini. Bagi yang datang dari luar, tak perlulah bersuash payah ke tempat lain selain bandaraya KL untuk melihat haiwan liar, sekurang-kurangnya perbelanjaan perjalanan taklah bertambah jika terpaksa melawat Zoo yang jauh dari bandar raya.

Comments