Assalamualaikum, hari sejarah tercipta setelah begitu lama aku meninggalkan dunia blog ... akhir entah kenapa hari ini aku terjumpa semula blog aku yan telah lama aku lupakan. Betullah bila menatap setiap post dalam blog ini aku dapat mengimbau sejarah keluarga ku... aku semakin tua rasanya
Posts
Bertemu selepas lama menyepi
- Get link
- Other Apps
Bertemu selepas lama menyepi...blog yang telah hampir ku lupakan ...hari setelah puas aku membelek blog-blog yang ada di internet. Tiba-tiba aku teringat blog yang telah lama aku bina. Blog ini masih wujud rupanya...Memang betul la bila aku mebelek-belek blog ini aku teringat peristiwa-peristiwa lama yang bermain dalam kehidupan aku. Entri terakhir aku ialah pada tahun 2007 dan sekarang sudah 2011 rupanya telah hampir 4 tahun aku meninggalkan blog ini ...anak aku pun dah dewasa semuanya...nantilah aku ceritakan perihal sejarah keluarga ku....walaubagaimanapun selamat bertemu kembali
Sepetang di Bukit Cerakah, Shah Alam
- Get link
- Other Apps
Petang ini aku membawa keluargaku ke Shah Alam. Niat asal nak shopping tapi oleh kerana awal sangat, aku membawa keluargaku ke Taman Pertanian Bukit Cerakah Shah Alam. Sekarang dikenali sebagai Taman Pertanian Negara. Kawasannya luas, menjejakkan kaki di sana teringat aku semasa mula-mula ia dibuka. Ketika itu aku dan rombongan guru pelatih IB di bawa melawat ke sana, suasananya cukup berbeza. Dulu tak ada rumah 4 musim sekarang dah ada tapi dulu suasannya amat meriah, nyaman dan penuh dengan kehijauan tapi sekarang semuanya sepi dan seolah-olah tiada siapa yang peduli. Tiada apa yang menarik semacam suatu kekosongan melihat taman itu kian dihimpit arus pemodenan. Akhirnya tangan-tangan yang rakus meraih kemewahan juga yang menang. Anak-anak kita hanya mampu melihat saki bakinya sahaja. Itu hari ini. Bagaimana esok..lusa..tulat..bulan depan...tahun depan...abad depan dan berabad-abad akan datang. Taman ini pastinya akan terperap dalam lipatan sejarah. Hanya kini rumah empat musim sahaj